Tuesday, November 18, 2008

Hasil kajian.

Tajuk Kajian : Perspektif Awam Terhadap Tahap Keefisienan Bandar Di Kawasan PBT

Di dalam borang soal selidik yang telah disiapkan, ia terdapat beberapa bahagian yang dibuat untuk menjawab persoalan kami. Antaranya dalam bahagian A meletakkan latarbelakang responden, bahagian B ialah tahap kepuasan keefisienan bandar, bahagian C pula rangking tahap keefisienan bandar mengikut kawasan PBT, bahagian D ialah pengalaman responden berdepan dengan ketidak-efisienan bandar dan akhir sekali ialah bahagian E yang meletakkan pandangan umum penduduk tentang keefisienan bandar.

Bagi mendapatkan perspektif penduduk, ia telah menggunakan skal Likert. Ia ditunjukkan dengan
0 - Tiada Komen
1- Tidak Efisien
2- Kurang Efisien
3- Efisien
4- Sangat Efisien

Dalam bahagian B, terdapat 13 pecahan yang dilihat oleh penyelidik bagi mendapatkan perspektif responden.
1-Ekonomi Bandar
2-Kemudahan Masyarakat, Ultiliti dan Sosial
3-Infrastruktur dan Ultiliti
4-Rekabentuk, Imej dan Landskap Bandar
5-Pengangkutan dan Perhubungan
6-Perdagangan/Perkhidmatan
7-Perkilangan & Perindustrian
8-Pelancongan dan Budaya
9-Perumahan
10-Keselamatan dan Kawalan
11-Governans
12-Alam Sekitar
13-Perkhidmatan Secara On-Line/e-governans

No comments: