Saturday, October 30, 2010

kawan!

dalam banyak2 kawan aku paling benci kawan yang tak boleh pakai!
mereka hanya memakai kamu bila kamu ada kepentingan! kamu ada duit, kamu ada harta kamu ada wang kamu ada kebaikan dan ada untuk apa2 yang menyebabkan kebaikan padanya.

namanya mansor, kalau tidak salah aku! soalnya disini kamu jangan pandai dari mereka, sesekali jangan tunjuk kamu pandai, kamu fikir kamu pandai babi bangsat dan babi, itu sahaja jawapan mereka

mereka bercakap macm merekea kenal kamu 10 tahun 20 tahun hey2 bangsat hey2 bangsat apa kamu ini babi! bila tiada agama dalam diri merkea tiada kekangan untuk berfikir dan merasakan sumanya baik bila ianya keluar dari mulut mereka, macm bangsat. ok saya perlu berhenti menulis kerana saya hendak mencarut! kalau tidak kerana takutkan allah maka pasti aku bunuh kamu dengan besi yang ada pada tangan aku.
ho allah pilihlah aku. ho allah!!

Thursday, November 20, 2008

Bahagian E

Pandangan Umum Penduduk Tentang Keefisienan Bandar

1. Berikut adalah aspek yang perlu ada bagi bandar yang paling efisien

-bersih
-kurang kadar jenayah
-kurang kesesakan lalu lintas
-pengurusan sampah yang teratur
-mempunyai kemudahan awam
-pihak berkuasa yang prihatin dengan masalah rakyat

2. Aspek bandar yang tidak efisien

- kotor
- kadar jenayah yang besar
- sistem pengangkutan yang tidak efisyien
- pengangkutan awam yang tidak efisien
- pegurusan sampah yang tidak teratur
- kesesakkan lalu-lintas


Ulasan Keseluruhan Keefisienan Bandar

Antara ulasan yang diberi oleh respond adalah ialah untuk mendapatkan keefisienan bandar seharusnya ada pentadbiran yang baik oleh PBT cekap dan berhemah dan mempunyai masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran awam yang baik. Pentadbiran PBT yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam mengatasi masalah pembandaran. Cara mengatasi masalah adalah penting dimana ianya tidak memudaratkan kedua-dua belah pihak iaitu antara pihak PBT itu sendiri dan rakyat.
Bahagian D


Pengalaman Berdepan Dengan Ketidak Efisienan Bandar Sepanjang 5 Tahun Lepas

Kebanyakan responden tidak memberikan jawapan tentang pengalaman mereka dalam berdepan dengan ketidak-efisenan bandar, responden hanya memberikan satu atau dua sahaja pengalaman mereka, secara ringkas antara masalah yang selalu dihadapi oleh rakyat adalah masalah kerosakan kemudahan yang disediakan pihak berkuasa tempatan contohnya adalah seperti kerosakan kemudahan awam seperti telefon awam, kerosakan tempat permainan awam dan sebagainya. ini turut disertakan dengan bukti yang kami berjaya ambil semasa menjalankan kerja lapangan.


masalah seperti ini tidak boleh dipandag remeh kerana ianya menggambarkan sikap penduduk tempatan itu sendiri, masalah vandalisme seperti harus ditangani dengan penuh hikmah dan betul agar ianya betul-betul berhasil. selain daripada itu responden juga menambah kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh kerosakan lampu isyarat juga seringkali berlaku dan apabila dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mereka lewat mengambil tindakan dalam menangani masalah ini, menyebabkan masalah berlarutan dan kadang-kadang boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna itu sendiri.

Selain daripada itu, antara pengalam lain yang turut tercatan adalah masalah kerosakan jalan raya, masalah kesesakan lalulintas,banjir kilat, masalah tempat letak kereta, masalah sampah sarap, pengurusan tempat letak kereta,dan pelbagai lagi.


Wednesday, November 19, 2008

Bahagian C

1) Rangking Tahap Keefisienan Bandar Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan



Daripada data yang diperolehi kami mendapati bahawa Kuala Lumpur dan Cyberjaya mempunyai ranking yang paling efisyen jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang lain, ini adalah mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan faktor luaran yang membantu didalam pembangunan sesebuah bandar. Kuala Lumpur dikatakan sebuah bandar yang efisyen kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan disana, selain daripada itu Kuala Lumpur juga menyediakan peluang pekerjaan yang menarik minat migran untuk bermigrasi ke sana. Namun begitu Kuala Lumpur tidak terkecuali didalam bandar yang mengalami kerosakan terutamanya kerosakan akhlak para remajanya ataupun boleh dikategorikan sebagai masalah sosial . Masalah yang dibawa oleh penduduk tempatan sendiri seperti mat rempit, dadah dan pelbagai lagi. Masalah sosial juga hadir ataupun timbul daripada lambakan migran yang datang ke Kuala Lumpur, mereka membawa budaya mereka yang tidak sama dengan budaya kita disini, umpamanya masalah pergaduhan diantara migran seringkali kita dengar dan lihat didada akhbar. oleh itu Pihak Berkuasa harus mengambil langkah yang drastik bagi menangani masalah ini supaya ianya tidak terus berlarutan yang akan menyebabkan kerugian sesebuah negara suatu hari nanti.

Manakala Kuala Kubu Baru pula dianggap sebagai sebuah bandar yang paling tidak efisyen, pada mulanya saya agak terperanjat dengan data yang diperolehi kerana pada pengetauhan saya kuala kubu baru merupakan sebuah bandar yang tersusun, ini berdasarkan pengalaman saya kerana pada tahun 2006 dahulu saya berpeluang untuk pergi ke Kuala Kubu Baru. perletakan Kuala Kubu Baru di tangga yang tercorot mungkin berdasarkan beberapa faktor, antara faktornya adalah, sperti yang ditulis oleh rakan saya Fendi yang membuat kerja lapangan disana mengatakan bahawa Kuala Kubu Bharu jika diteliti dengan pemikiran yang terbuka merupakan sebuah bandar yang mempunyai kadar pertumbuhan yang agak perlahan. Peluang-peluang pekerjaan tidak banyak dapat disediakan disamping kadar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal yang tidak rancak. Justeru itu, ini mungkin merupakan antara penyebab mengapa penduduk di daerah Hulu Selangor sendiri meletakkan bandar mereka di tempat yang tercorot dari segi keefisienan bandar.


2) Persepsi responden terhadap tahap keefisyenan Bandaraya Kuala Lumpur secara umum

Secara keseluruhannya mengatakan bahawa Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang efisyen ini kerana bandaraya ini menyediakan segala kemudahan kepada rakyatnya selain daripada itu bandaraya juga memberi peluang kepada rakyatnya untuk memperbaiki taraf hidup mereka dengan menyediakan peluang perkerjaan sekaligus membantu perkembangan ekonomi negara. Namun begitu disebalik kecekapanya sebagai sebuah bandaraya terdapat juga pelbagai masalah sehingga menggangu ketenteraman hidup rakyatnya. Antara masalah-masalahnya adalah seperti yang diberi oleh responden kami adalah kurang memuaskan dari segi pengangkutan awam, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan kaedah yang digunapakai dalam menangani masalah domestik. Selain daripada itu ada juga responden mengatakan bahawa kemudahan bandaraya kuala lumpur adalah tidak teratur, tiada perancangan bandar yang baik dan tidak ada kerjasama daripada agensi yang terbabit. tambahan pula bandaraya Kuala Lumpur juga adalah terlalu pesat sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas pada waktu genting. Sorang responden berpendapat masalah keefisyenan bandaraya Kuala Lumpur ini adalah kerana adalah disebabkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan umumnya ini kerana mereka seringkali mengambil mudah dan menjalankan tangungjawab sambil lewa, dan bertindak apabila mendapat pulangan ataupun wang ganjaran. Selain daripada itu responden juga berpendapat bandaaraya kurang cekap kerana mengutamakan kepentingan koprat dan tidak memikirkan tentang pembangunan di masa hadapan.


permandangan sekitar di kuala selangor



kesenian yang disalang anggap = grafiti




gamabr gambar ini diambil di sekitar pasar seni kuala lumpur, pada pendapat saya lukisan yang dihasilkan adlah berseni dan juga menarik minat si pemerhatinya. walapun ianya dianngap vandalisme tetapi lukisan yang dihasilkan mempunyai maksud yang tersendiri. apa yang saya cadangkan untuk mengatasi masalah ini pihak yang terbabit (PBT) seharusnya menyediakan ruang yang sesuai untuk para seni jalanan ini .