Thursday, October 23, 2008

Taburan Penduduk di Kuala Selangor

Daerah kuala Selangor telah di bahagikan kepada 12 bahagian / mukim iaitu Asam Jawa, Batang Berjuntai, Bukit Rotan, Ijok, Jeram, Kampong Kuantan, Kuala Selangor, Kuala sungai Buluh, Pasir Penambang, Sungai Sembilang, dan Tanjaong Karang tetapi apabila dilihat daripada laman web Majlis Daerah Kuala Selangor, kami mendapati terdapat enam mukim lain yang juga di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor iaitu Bestari jaya, Sungai Janggut, Seri Tiram Setia, Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfield. Namun begitu setelah dibuat rujukan didalam buku statistik mendapati hanya 12 bahagian pertama yang di sebut tadi diberi data untuk anggaran penduduk disana. Kami diberi arahan oleh Dr Hamzah untuk membuat rujukan tentang taburan penduduk mengikut kaum disana, analisis taburan penduduk mengikut kaum sebelum kerja lapangan dilakukan adalah penting membahagikan jumlah sampel mengikut kaum supaya mana sampel yang diambil adalah tepat dan melambangkan (representative).


Daerah

2005

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Jumlah

Asam jawa

464

143

83

0

690

Batang berjuntai

3195

2588

6378

35

12196

Bukit rotan

38

148

635

0

821

Ijok

3814

2409

446

14

6684

Jeram

1307

405

57

0

1770

Kampong kuantan

1802

277

963

0

3042

Kuala selangor

15251

3157

5536

196

24140

Kuala sungai buluh

636

3637

448

21

4742

Pasir penambang

416

1829

155

8

2408

Sungai sembilang

239

666

64

0

969

Tanjong karang

8709

4975

558

61

14302

Kawasan selebihMD

20203

8144

5649

1000

34097


Data diatas menunjukkan unjuran penduduk mengkut kaum di pekan-pekan Kuala Selangor, setelah dibuat analisis kami ditugaskan untuk pergi ke tiga pekan yang utama iaitu Kuala Selangor, Ijok dan Tanjong karang. Setelah itu daripada jumlah 45 teks soal selidik yang diberi 30 soalan akan diberi untuk kaum yang majoriti iaitu Melayu dan 10 untuk kaum Cina dan dan baki ianya untuk kaum India.




No comments: