Wednesday, November 19, 2008

Bahagian C

1) Rangking Tahap Keefisienan Bandar Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan



Daripada data yang diperolehi kami mendapati bahawa Kuala Lumpur dan Cyberjaya mempunyai ranking yang paling efisyen jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang lain, ini adalah mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan faktor luaran yang membantu didalam pembangunan sesebuah bandar. Kuala Lumpur dikatakan sebuah bandar yang efisyen kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan disana, selain daripada itu Kuala Lumpur juga menyediakan peluang pekerjaan yang menarik minat migran untuk bermigrasi ke sana. Namun begitu Kuala Lumpur tidak terkecuali didalam bandar yang mengalami kerosakan terutamanya kerosakan akhlak para remajanya ataupun boleh dikategorikan sebagai masalah sosial . Masalah yang dibawa oleh penduduk tempatan sendiri seperti mat rempit, dadah dan pelbagai lagi. Masalah sosial juga hadir ataupun timbul daripada lambakan migran yang datang ke Kuala Lumpur, mereka membawa budaya mereka yang tidak sama dengan budaya kita disini, umpamanya masalah pergaduhan diantara migran seringkali kita dengar dan lihat didada akhbar. oleh itu Pihak Berkuasa harus mengambil langkah yang drastik bagi menangani masalah ini supaya ianya tidak terus berlarutan yang akan menyebabkan kerugian sesebuah negara suatu hari nanti.

Manakala Kuala Kubu Baru pula dianggap sebagai sebuah bandar yang paling tidak efisyen, pada mulanya saya agak terperanjat dengan data yang diperolehi kerana pada pengetauhan saya kuala kubu baru merupakan sebuah bandar yang tersusun, ini berdasarkan pengalaman saya kerana pada tahun 2006 dahulu saya berpeluang untuk pergi ke Kuala Kubu Baru. perletakan Kuala Kubu Baru di tangga yang tercorot mungkin berdasarkan beberapa faktor, antara faktornya adalah, sperti yang ditulis oleh rakan saya Fendi yang membuat kerja lapangan disana mengatakan bahawa Kuala Kubu Bharu jika diteliti dengan pemikiran yang terbuka merupakan sebuah bandar yang mempunyai kadar pertumbuhan yang agak perlahan. Peluang-peluang pekerjaan tidak banyak dapat disediakan disamping kadar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal yang tidak rancak. Justeru itu, ini mungkin merupakan antara penyebab mengapa penduduk di daerah Hulu Selangor sendiri meletakkan bandar mereka di tempat yang tercorot dari segi keefisienan bandar.


2) Persepsi responden terhadap tahap keefisyenan Bandaraya Kuala Lumpur secara umum

Secara keseluruhannya mengatakan bahawa Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang efisyen ini kerana bandaraya ini menyediakan segala kemudahan kepada rakyatnya selain daripada itu bandaraya juga memberi peluang kepada rakyatnya untuk memperbaiki taraf hidup mereka dengan menyediakan peluang perkerjaan sekaligus membantu perkembangan ekonomi negara. Namun begitu disebalik kecekapanya sebagai sebuah bandaraya terdapat juga pelbagai masalah sehingga menggangu ketenteraman hidup rakyatnya. Antara masalah-masalahnya adalah seperti yang diberi oleh responden kami adalah kurang memuaskan dari segi pengangkutan awam, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan kaedah yang digunapakai dalam menangani masalah domestik. Selain daripada itu ada juga responden mengatakan bahawa kemudahan bandaraya kuala lumpur adalah tidak teratur, tiada perancangan bandar yang baik dan tidak ada kerjasama daripada agensi yang terbabit. tambahan pula bandaraya Kuala Lumpur juga adalah terlalu pesat sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas pada waktu genting. Sorang responden berpendapat masalah keefisyenan bandaraya Kuala Lumpur ini adalah kerana adalah disebabkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan umumnya ini kerana mereka seringkali mengambil mudah dan menjalankan tangungjawab sambil lewa, dan bertindak apabila mendapat pulangan ataupun wang ganjaran. Selain daripada itu responden juga berpendapat bandaaraya kurang cekap kerana mengutamakan kepentingan koprat dan tidak memikirkan tentang pembangunan di masa hadapan.


No comments: