Friday, September 19, 2008

Faktor berlakunya proses pembandaran di Eropah dan Amerika Utara

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya proses perbandaran yang pesat di benua Eropah dan Amerika Utara pada akhir abad yang lalu hingga pertengahan abad ke duapuluh ini:

1. Kemajuan Dalam Bidang Perindustrian

Pada mulanya, kegiatan perkilangan pembuatan dan memproses terletak di tempat-tempat tertentu sahaja, trutamanya disekitar kediaman kaum bangsawan dan ketua agama. Penentuan kuasa air dan angin telah menyebabkan jentera-jenterayang sebelumnya menggunakan haiwan dan manusia, telah digantikan oleh kuasa tenaga yang baru ditemui itu. Letakan kilang-kilang perusahaan mula berpindah ke tepi-tepi sungai. Penemuan enjin wap yang boleh digerakkan dengan kuasa arang batu telah menyebabkan kilang-kilang perusahaan tertumpu ke kawasan-kawasan perlombongan arang batu. Penggunaan minyak melalui proses pembakaran dalaman kemudiannya telah menyeabkan kawasan perindustrian tersebar ke kawasan yang ramai penduduknya yang jaga merupakan sunber tenaga burauh dan pasaran. Penumpuan penuduk yang demikian terdapat di kawasan bandar-bandar besar. Di samping itu banyak pusat-pusat perindustrian baru di buka dan hal ini menyebabkan berlakunya proses perubahan guna tanah pertanian kepada perindustrian, perumahan dan perdagangan. Penduduk yang sebelumnya bertumpu di dalam sector pertanian telah berpindah secara beramai-ramai ke bandar-bandar untuk bekerja di dalam sector perindustrian, perdagangan, ataupun perkhidmatan.

2 . Kemajuan Dalam Bidang Pertanian

Salah satu kesan dari kemajuan teknologi di barat ialah penemuan teknik pertanian moden yang lebih sainifik dan berupaya menghasilkan pengeluaran yang besar. Sistem pertanian yang moden itu, melalui penggunaan jentera, telah banyak mengurangkan keperluan tenaga buruh haiwan dan manusia. Misalnya, di Amerika Syarikat antara tahun 1750 dan 1870 peratus penduduk yang bergiatdalam bidang pertanian telah menurun dari 90% kepada 50%. Perpindahan penduduk dari kawasan-kawasan pertanian di luar Bandar merupakan faktor penting dalam menggalakkan berlakunya proses pembandaran di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Di Eropah, burub-buruh upahan ang bekerja di ladang-ladang kaum bangsawan telah menunggalkan tempat kediaman masing-masing menuj ke bandar untuk bekerja di dalam sektor perindustrian. Di Amrika Syarikat, pembebasan hamba abdi telah menyebabkan sebahagian orang-orang kulit putih hitam yang tidak bertanah di desa berpindah mencari perkerjaan di Bandar. Pada tahun 1910, penduduk kaum Negro di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah 10 juta orang atau 11% dari jumlah penduduk seluruh Negara ketka itu. Dari jumlah tersebut 70% masih mendiami kawasan luar Bandar tetapi pada tahun 1970, 58%noramg-orang Negro telah mendiami kawasan-kawasan bandar di Amerika Syarikat.

Secara ringkas, terdapat dua cara bagaimana kemajuan dalam bidang pertanian mempengaruhi proses urbanisasi di negara-negara barat. Pertama, penjenteraan dalam bidang pertanian telah megurangkan permintaan tenaga buruh di dalam sector tersebut. Akibatnya, buruh-buruh berpindah ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Kedua, pengeuaran bahan-bahan makanan dari luar bandar .

3. Perubahan Masyarakat

Sebelum meletusnya Revolusi Perindustrian di barat, struktur dan organisasi masyarakat lebih dipengaruh oleh golongan ketua-ketua agama dan kaum bangsawan. Rakyat jelata rata-rata hidup terbelenggu oleh adat resam dan undang-undang kaum bangsawan yang ketat. Kegiatan ekonomi mereka hanya sekadar membekalkan keperluan tempatan sahaja. Makanan, pakaian dan peralatan lainnya dikeluarkan atau dibuat oleh orang-orang perseorangan utuk orang-orang tertentu sahaja. Eksport barangan keluar daerah terhad.

Keadaan ini mulai berubah terutamanya apabila orang-orang barat mulai mengembangkan agama Kristian ke negara-negara Islam di sebelah timur. Pendedahan orang-orang baratterhadap nilai-nilai dan kebudayaan serta politik banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Barang-barang rampasan perang seperti senjata, peralatan, makanan dan lain-lain yang didapati dari timur telah dibawa ke eropah. Sebahagian dari barang-barang tersebut mulai dipasarkan. Perluasan kuasa secara diplomatic dan pelayaran serta penjajahan ke negara-negara sebelah timur telah menyebabkan bidang perdagangan mulai berkembang di Eropah. Salah satu kesan dari kemajuan perdagangan dan perniagaan ini ialah lebih ramai para tukang yang mahir diperlukan untuk membekalkan alat-alat barangan dan pakaian untuk dipasarkan ke negara-negara lain. Pada masa yang sama, kuas kaum bangsawan dan ketua-ketua ugama mulai berkurangan bila munculnya pedagang-pedagang yang kaya dan lebih berkuasa. Bidang perindustrian kemudiannya memajukan lagi sektor perdagangan terutamanya di peringkat antarabangsa. Masyarakat yang dahulunya memandang tinggi akan kaum bangsawan dan ketua-ketua agama telah mulai berubah sikap dan mengetepikan mereka. Akibatnya bandar jadi tumpuan mereka. Pada masa yang sama, muncul pemimpin-pemimpin masyarakat yang mengesyorkan supaya perubahan sistem pentadbiran dilakukan dan tekanan-tekanan dari masyarakat pekerja di bandar ternyata Berjaya memansuhkan pengaruh pengaruh ketua-ketua agama dan kaum bangsawan seperti yang berlaku di Perancis.

Secara ringkas, perubahan masyarakat telah menyebabkan kehidupan di bandar menjadi lebih di ingini berbanding dengan kehidupan di luar Bandar. Hal ini memantu proses pengaliran penduduk dari desa ke Bandar dan penumpuan penduduk ke pusat-pusat Bandar khasnya di kawasan perindustrian yang maju seperti Paris, Cologne, Benelux-Ruhr, Manchester-liverpool, London, Saar-Stuttgart-frankfurt, dan lain-lain pusat perindustrian di Eropah; New England termasuk New York dan Boston di timur laut Amerika Syarikat, kemudiannya Chicago, Detroit dan St. Louis di Barat Tengah Amerika Syarikat. Kawasan-kawasan perindustrian ini kemudiannya telah menjadi kawasan perbandaran yang besar atau konorbasi yang penting di dunia. Malah sekarang ini ada orang yang menggelarkan kawasan-kawasan tersebut sebagai megapolis.

Definisi Pembandaran


Sebagai lanjutan dari perbincangan tentang apa yang dimaksukkan sebagai bandar itu, maka perlulah juga kitamengetahui apakah yang terlibat dalam proses pewujudan sesebuah bandar. Bandar wujud melalui proses yang dikenali sebagai pembandaran atau urbanisasi. Pembandaran lazimnya ditakrif sebagai suatu proses perubahan penduduk, petempatan, cara hidup, pekerjaan dan kegiatan ekonomi, pemikiran manusia atau lain-lainnya kea rah Bandar. Bagi Kingsley Davis, seorang pakar dalam kajian penduduk, pembandaran ditakrifkan sebagai suatu proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap bandar. Prose situ boleh diukur dengan membandingkan peratus penduduk yang mendiami kawasan bandar dengan yang tinggal di luar dari kawasan Bandar bagi sesebuah daerah, Negara atau unit-unit kawasan lainnya. Dengan mengetahui darjah penumpuan penduduk di kawasan Bandar, seseorang pengkaji itu dapat mengetahui darjah perbandaran di suatu kawasan atau daerah. Misalnya, daerah Petaling lebih tinggi darjah perbandarannya dari daerah ulu Langat di Selangor; atau negeri Perancis lebih tinggi darjah perbandarannya jika dibandingkan dengan Malaysia.

Setengah-setengah pengkaji pula, melihat pembandaran dari segi perubahan tempat kediaman atau perpindahan dari desa ke kawasan yang disebut bandar. Perpindahan ke kawasan Bandar menyebabkan seseorang itu hidup secara orang-orang Bandar, bekerja di Bandar dan berfikir secara Bandar. Biasanya masyarakat Bandar berbeza daripada masyarakat desa. Oleh itu perbandaran di sini

Dikaitkan dengan perpindahan dari kehdupan bukan Bandar, termasuk pemindahan pekerjaannya dari bekerja di dalam sektor pertanian kepada bukan sektor pertanian. Dari segi landskap fizikal dan budaya, istilah perbandaran lazimnya dikaitkan dengan perubahan guna tanah dari pertanian, hutan atau tanah terbiar kepada guna tanah Bandar seperti perumahan, perniagaan, industri, taman dan sebagainya.

Oleh yang demikian, secara ringkasnya, pembandaran adalah suatu proses perubahan menjadi bandar. Proses ini terutamanya melibatkan perubahan penduduk biasanya melalui perpindahan masuk ke Bandar; perubahan kegiatan ekonomi dari pertanian kepada bukan pertanian; dan perubahan corak tempat kediaman dari kurang padat pada kepada tetapi lazimnya tersusun. Bagi setengah pengkaji, pross ini melibatkan juga proses perubahan masyarakat dari keadaan yang tidak formal seperti masyarakat di luar Bandar kepada keadaan formal, iaitu mementingkan upah, tiada tolong menolong, bersikap tidak acuh pada orang lain dan pertemuan hnya melalui tugas aau secara tidak rasmi. Bagaimanapun, takrif yang diberikan ini lebih bersifat kebaratan dan oleh itu tidak semestinya berlaku di smua Negara di dunia.

Definisi bandar

Terdapat pelbagai tafsiran mengenai Bandar. Walau apapun bentuk takrif Bandar yang dikemukakan, namun asas utamanya adalah maklumat tentang penduduk. Data banci bagi kebanyakan Negara di dunia tidak dapat diperbandingkan antara satu sama lainnya kerana tahun banci, asas dan unit kawasan banci yang berlainan. Oleh yang demikian, suatu bentu penyelarasan yang menyeluruh sukar diwujudkan. Oleh itu penggunaan angka mutlak sebagai asas mentakrif bandar selalunya boleh menimbulkan kekeliruan.

Tidak ada satu takat penduduk yang menyeluruh yang boleh digunakan oleh semua Negara-negara di dunia bagi mentakrif Bandar. Di Denmark, misalnya, petempatan yang mempunyai penduduk lebih dari 250 orang sudah layak dianggap Bandar. Di Perancis, siz penduduk minimum yang digunakan untuk mentakrif Bandar adalah 2000 orang. Di negara-negara lain: 2500 orang di Amerika Syarikat, 30000 orang di Jepun, dan 10000 orang di Malaysia.

Memandangkan kepada perbezaan takat penduduk yang digunakan bag menentukan saiz minimum sesebuah bandar, maka beberapa criteria lain perlu diambilkira untuk menjelaskan apa apa yang dimeksukkan dengan Bandar. Kriteria yang biasa digunakan selain penduduk yang bekerja di dalam sektor bukan pertanian, peranannya, bentuk masyarakatnya dan keadaan landskap budayanya. Sebagai tambahan, ada juga yang memasukkan criteria kemudahan asas seperti jalanraya, bekalan elektrik dan air bersih, perkhidmatan bandaran dan sebagainya. Bagaimanapun, oleh kerana data dan maklumat yang disebutkan itu sukar diperoleh maka penggunaanya tidaklah meluas. Oleh yang demikian, pengkaji-pengkaji Bandar lazimnya terpaksa menggunakan angka mutlak, iaitu saiz penduduk, bagi mentakrif sebuah Bandar.