Thursday, October 23, 2008

Latar Belakang Majlis Daerah Kuala Selangor


Majlis Daerah Kuala Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1978, dan kini pertubuhanya telah pun mencapai usia tiga dekad. Majlis daerah kuala Selangor adalah gabungan daripada lima majlis tempatan iaitu Majlis Tempatan Kuala Selangor, Majlis Tempatan Tanjong Karang, Majlis Tempatan Bestari Jaya ,Majlis Tempatan Ijok dan Majlis Tempatan Jeram.

Seperti mana majlis pembandaran yang lain Majlis daerah Kuala Selangor juga mempunyai moto yang tersendiri, motonya adalah Indah dan Bersejarah. Visi penubuhan majlis daerah adalah untuk menjadikan Majlis Daerah Kuala Selangot sebagai sebuah Majlis Pembandaran pada tahun 2010.

Selain daripada itu Majlis ini juga ditubuhakan untuk mencapai beberapa matlamat antaranya adalah untuk mengenalpasti kemudahan-kemudahan pelancongan dan menjaga kemudahan yang sediaada, mempastikan pembangunan kawasan Majlis adalah terancang dan seimbang, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan,melaksanakan program pengindahan dan pemuliharaan alam sekitar, membantu usahawan-usahawan melalui program-program pembangunan usahawan dan menyediakan kemudahan untuk menggalakkan industri ringan dan industri moden.

Diatas tertera peta yang menunjukkan dimana terletaknya Majlis Daerah Kuala, alhamdullilah pada 12 haribulan oktober yang lalu kami telah pun selamat sampi di Majlis Daerah Kuala Selangor, tidak payah untuk mencari dimana terletaknya Majlis Daerah ini kerana papan tanda yang disediakan memudahkan kami untuk mencari dimana Majlis Daerah ini, ini merupakan salah satu kecekapan Pihak Terkuasa Tempatan (PBT) di sini yang bersungguh-sungguh menyediakan segala kemudahan disini.

No comments: