Thursday, October 23, 2008

Sejarah Awal Selangor

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


Pertamanya sekali izinkan saya untuk menceritakan terlebih dahulu tentang sejarah negeri Selangor supaya mana saudara dan saudari sekalian faham dan secara tidak langsung boleh memutik rasa cinta didalam lubuk hati yang dalam tentang bakal saya canangkan nanti. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu.

Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura. Mengikut catitan, Paduka Seri Maharaja memerintah dalam Kurun Masehi 14 (1301-1400 ). Jika keterangan ini benar, jelaslah bahawanama Selangor telah pun adaketika itu ada pun sebelumnya

Dalam khutub khanah Royal Asiatic Society di London terdapat senaskhah Sejarah Melayu bertulis tangan terkumpul bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan Tuan Bendahara Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas (Perak) dan Tuan Mahmud diberi memerintah Selangor.

Memandangkan segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun Masehi 15. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala Selangor sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut. Kata-kata ini tidak siapa yang dapat menafikan kerana segala bukti yang membenarkan bahawa di Kuala Selangorlah bermulanya pentadbiran negeri itu masih terdapat hingga sekarang.


No comments: