Friday, September 19, 2008

Faktor berlakunya proses pembandaran di Eropah dan Amerika Utara

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya proses perbandaran yang pesat di benua Eropah dan Amerika Utara pada akhir abad yang lalu hingga pertengahan abad ke duapuluh ini:

1. Kemajuan Dalam Bidang Perindustrian

Pada mulanya, kegiatan perkilangan pembuatan dan memproses terletak di tempat-tempat tertentu sahaja, trutamanya disekitar kediaman kaum bangsawan dan ketua agama. Penentuan kuasa air dan angin telah menyebabkan jentera-jenterayang sebelumnya menggunakan haiwan dan manusia, telah digantikan oleh kuasa tenaga yang baru ditemui itu. Letakan kilang-kilang perusahaan mula berpindah ke tepi-tepi sungai. Penemuan enjin wap yang boleh digerakkan dengan kuasa arang batu telah menyebabkan kilang-kilang perusahaan tertumpu ke kawasan-kawasan perlombongan arang batu. Penggunaan minyak melalui proses pembakaran dalaman kemudiannya telah menyeabkan kawasan perindustrian tersebar ke kawasan yang ramai penduduknya yang jaga merupakan sunber tenaga burauh dan pasaran. Penumpuan penuduk yang demikian terdapat di kawasan bandar-bandar besar. Di samping itu banyak pusat-pusat perindustrian baru di buka dan hal ini menyebabkan berlakunya proses perubahan guna tanah pertanian kepada perindustrian, perumahan dan perdagangan. Penduduk yang sebelumnya bertumpu di dalam sector pertanian telah berpindah secara beramai-ramai ke bandar-bandar untuk bekerja di dalam sector perindustrian, perdagangan, ataupun perkhidmatan.

2 . Kemajuan Dalam Bidang Pertanian

Salah satu kesan dari kemajuan teknologi di barat ialah penemuan teknik pertanian moden yang lebih sainifik dan berupaya menghasilkan pengeluaran yang besar. Sistem pertanian yang moden itu, melalui penggunaan jentera, telah banyak mengurangkan keperluan tenaga buruh haiwan dan manusia. Misalnya, di Amerika Syarikat antara tahun 1750 dan 1870 peratus penduduk yang bergiatdalam bidang pertanian telah menurun dari 90% kepada 50%. Perpindahan penduduk dari kawasan-kawasan pertanian di luar Bandar merupakan faktor penting dalam menggalakkan berlakunya proses pembandaran di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Di Eropah, burub-buruh upahan ang bekerja di ladang-ladang kaum bangsawan telah menunggalkan tempat kediaman masing-masing menuj ke bandar untuk bekerja di dalam sektor perindustrian. Di Amrika Syarikat, pembebasan hamba abdi telah menyebabkan sebahagian orang-orang kulit putih hitam yang tidak bertanah di desa berpindah mencari perkerjaan di Bandar. Pada tahun 1910, penduduk kaum Negro di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah 10 juta orang atau 11% dari jumlah penduduk seluruh Negara ketka itu. Dari jumlah tersebut 70% masih mendiami kawasan luar Bandar tetapi pada tahun 1970, 58%noramg-orang Negro telah mendiami kawasan-kawasan bandar di Amerika Syarikat.

Secara ringkas, terdapat dua cara bagaimana kemajuan dalam bidang pertanian mempengaruhi proses urbanisasi di negara-negara barat. Pertama, penjenteraan dalam bidang pertanian telah megurangkan permintaan tenaga buruh di dalam sector tersebut. Akibatnya, buruh-buruh berpindah ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Kedua, pengeuaran bahan-bahan makanan dari luar bandar .

3. Perubahan Masyarakat

Sebelum meletusnya Revolusi Perindustrian di barat, struktur dan organisasi masyarakat lebih dipengaruh oleh golongan ketua-ketua agama dan kaum bangsawan. Rakyat jelata rata-rata hidup terbelenggu oleh adat resam dan undang-undang kaum bangsawan yang ketat. Kegiatan ekonomi mereka hanya sekadar membekalkan keperluan tempatan sahaja. Makanan, pakaian dan peralatan lainnya dikeluarkan atau dibuat oleh orang-orang perseorangan utuk orang-orang tertentu sahaja. Eksport barangan keluar daerah terhad.

Keadaan ini mulai berubah terutamanya apabila orang-orang barat mulai mengembangkan agama Kristian ke negara-negara Islam di sebelah timur. Pendedahan orang-orang baratterhadap nilai-nilai dan kebudayaan serta politik banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Barang-barang rampasan perang seperti senjata, peralatan, makanan dan lain-lain yang didapati dari timur telah dibawa ke eropah. Sebahagian dari barang-barang tersebut mulai dipasarkan. Perluasan kuasa secara diplomatic dan pelayaran serta penjajahan ke negara-negara sebelah timur telah menyebabkan bidang perdagangan mulai berkembang di Eropah. Salah satu kesan dari kemajuan perdagangan dan perniagaan ini ialah lebih ramai para tukang yang mahir diperlukan untuk membekalkan alat-alat barangan dan pakaian untuk dipasarkan ke negara-negara lain. Pada masa yang sama, kuas kaum bangsawan dan ketua-ketua ugama mulai berkurangan bila munculnya pedagang-pedagang yang kaya dan lebih berkuasa. Bidang perindustrian kemudiannya memajukan lagi sektor perdagangan terutamanya di peringkat antarabangsa. Masyarakat yang dahulunya memandang tinggi akan kaum bangsawan dan ketua-ketua agama telah mulai berubah sikap dan mengetepikan mereka. Akibatnya bandar jadi tumpuan mereka. Pada masa yang sama, muncul pemimpin-pemimpin masyarakat yang mengesyorkan supaya perubahan sistem pentadbiran dilakukan dan tekanan-tekanan dari masyarakat pekerja di bandar ternyata Berjaya memansuhkan pengaruh pengaruh ketua-ketua agama dan kaum bangsawan seperti yang berlaku di Perancis.

Secara ringkas, perubahan masyarakat telah menyebabkan kehidupan di bandar menjadi lebih di ingini berbanding dengan kehidupan di luar Bandar. Hal ini memantu proses pengaliran penduduk dari desa ke Bandar dan penumpuan penduduk ke pusat-pusat Bandar khasnya di kawasan perindustrian yang maju seperti Paris, Cologne, Benelux-Ruhr, Manchester-liverpool, London, Saar-Stuttgart-frankfurt, dan lain-lain pusat perindustrian di Eropah; New England termasuk New York dan Boston di timur laut Amerika Syarikat, kemudiannya Chicago, Detroit dan St. Louis di Barat Tengah Amerika Syarikat. Kawasan-kawasan perindustrian ini kemudiannya telah menjadi kawasan perbandaran yang besar atau konorbasi yang penting di dunia. Malah sekarang ini ada orang yang menggelarkan kawasan-kawasan tersebut sebagai megapolis.

No comments: