Wednesday, November 19, 2008

XIII PERKHIDMATAN SECARA ONLINE/E-GOVERNANS






























Dalam bahagian ini, pengkaji melihat perkhidmatan secara online atau e-governans dalam mengukur tahap keefesianan penggunaannya oleh masyarakat di Kuala Selangor. Penggunaan perkhidmatan secara online adalah untuk menwujudkan masyarakat bermaklumat berasaskan ICT. Setiap semakan,permohanan dan pembayaran bil beleh dilaksanakan dengan online. Dan hasilnya rata-rata daripada penduduk disni berpuas hati dengan segala kemudahna online disini, namun begitu terdapat beberapa kriteria yang penduduk kurang berpuash hati umpamanya sperti e-pusara mungkin kerana belum lagi mendapat pengetauahn dikalangan penduduk.

Tuesday, November 18, 2008

Bahagian A

Untuk bahagian A ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Demografi dan Latar belakang pekerjaan dan pendapatan. Bahagian 1 Demografi Untuk bahagian yang pertama iaitu demografi ianya dibahagikan kepda tujuh soalan iaitu Jantina, Umur, Bangsa, Tahap Pendidikan, Negeri, Tempat tinggal dan Tempoh menetap di kediaman.

1) jantina

melalui histogram diatas didapati lebih daripada 60 peratus adalah lelaki manakala bakinya adalah perempuan. Daripada pencerapan kami didapati bahawa kaum lelaki lebih mudah untuk memberikan kerjasama dibandingkan dengan kaum perempuan. Atas sebab itulah sampel kami mempunyai bilangan lelaki yang kebih jika dibandingkan dengan perempuan. 2) umur

Julat umur yang kami ambil adalah daripada umur 15 tahun sehingga kepada umur 61 tahun. didapati bahawa peratusan yang tertinggi adalah mereka yang berumur 48 tahun.

3) Bangsa

didapati bahawa majoriti adalah berbangsa melayu iaitu lebih daripada 90 peratus melayu, diikuti yang berbangsa cina (kurang daripada 10 %) dan yang terakhir adalah berbangsa india (5%).

4) tahap pendidikan


didapati bahawa majoriti sampel berpindidikan sehingga ke Sijil Pelajaran Malaysia (SPM )dengan hampir separuh responden mempunyai tahap pendidikan diperingkat SPM sebanyak 46.7 peratus. Kedua tertinggi tahap pendidikan adalah PMR/LCE/SPR 20 peratus. Diikuti responden yang mempunyai STPM (18 %) diikuti dengan diploma (9 %) dan ijazah pertama (5%)

5) negeri asal, tempat tinggal dan tempoh menetap






Ketiga-tiga gambarajah diatas menunjukkan negeri asal, kawasan tempat tinggal dan tempoh menetap responden yang mana majoritinya berasal daripada selangor dan hanya segelintir sahaja yang bermigrasi kekawasan ini. Terutamnya migran daripada negeri Perak diikuti migrain dari Johor, Kelantan, Kedah, Pahang Terangganu dan Sabah dengan antara faktor yang menjadi faktor migrasi dalaman ini adalah faktor peluang pekerjaan. Sehubungan dengan itu pihak kerjaan terutamnya perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan peluan pekerjaan disini. Melalui pemerhatian kami didapati bahawa raman migran daripada luar umpamanya Indonesia ada disana. Bagi pendapat saya ini adalah aktiviti yang kurang sihat kerana kita tidak dapat mnggunakan kepakaran penduduk tempat selain daripada itu masalah sosial yang dibuat oleh migran luar juga menyebabkan keselesaan penduduk terganggu. kebanyakan respon yang kami temui duduk disekitar daerah Kuala Selangor contohnnya seperti Ijok, Klang, Batu Karang Batang Berjuntai Sungai Buluh dan Klang. majoritnya menetap disana lebih daripada dua tahun.


Bahagian 2 Latar belakang Pekerjaan dan Pendapatan
.
1) Jenis pekerjaan dan pendapatan bulanan responden dan pasangan




Gambarajah diatas menunjukan latar belakang pekerjaan dan pendapatan responden dan pasangan. Responden dan pasangan berkerja dalam pelbagai bidang yang boleh dikelaskan kepada bidang profesional dan bidang biasa.julat gaji diantara responden adalah besar, ini juga merupakan satu fenomena yang tidak baik. Kerajaan seharusnya merapatkan jurang diantara satu sama lain agar masalah tidak timbul umpanya seprti masalah 13 Mei 1969 berulang.


Hasil kajian.

Tajuk Kajian : Perspektif Awam Terhadap Tahap Keefisienan Bandar Di Kawasan PBT

Di dalam borang soal selidik yang telah disiapkan, ia terdapat beberapa bahagian yang dibuat untuk menjawab persoalan kami. Antaranya dalam bahagian A meletakkan latarbelakang responden, bahagian B ialah tahap kepuasan keefisienan bandar, bahagian C pula rangking tahap keefisienan bandar mengikut kawasan PBT, bahagian D ialah pengalaman responden berdepan dengan ketidak-efisienan bandar dan akhir sekali ialah bahagian E yang meletakkan pandangan umum penduduk tentang keefisienan bandar.

Bagi mendapatkan perspektif penduduk, ia telah menggunakan skal Likert. Ia ditunjukkan dengan
0 - Tiada Komen
1- Tidak Efisien
2- Kurang Efisien
3- Efisien
4- Sangat Efisien

Dalam bahagian B, terdapat 13 pecahan yang dilihat oleh penyelidik bagi mendapatkan perspektif responden.
1-Ekonomi Bandar
2-Kemudahan Masyarakat, Ultiliti dan Sosial
3-Infrastruktur dan Ultiliti
4-Rekabentuk, Imej dan Landskap Bandar
5-Pengangkutan dan Perhubungan
6-Perdagangan/Perkhidmatan
7-Perkilangan & Perindustrian
8-Pelancongan dan Budaya
9-Perumahan
10-Keselamatan dan Kawalan
11-Governans
12-Alam Sekitar
13-Perkhidmatan Secara On-Line/e-governans

Thursday, October 23, 2008

Taburan Penduduk di Kuala Selangor

Daerah kuala Selangor telah di bahagikan kepada 12 bahagian / mukim iaitu Asam Jawa, Batang Berjuntai, Bukit Rotan, Ijok, Jeram, Kampong Kuantan, Kuala Selangor, Kuala sungai Buluh, Pasir Penambang, Sungai Sembilang, dan Tanjaong Karang tetapi apabila dilihat daripada laman web Majlis Daerah Kuala Selangor, kami mendapati terdapat enam mukim lain yang juga di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor iaitu Bestari jaya, Sungai Janggut, Seri Tiram Setia, Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfield. Namun begitu setelah dibuat rujukan didalam buku statistik mendapati hanya 12 bahagian pertama yang di sebut tadi diberi data untuk anggaran penduduk disana. Kami diberi arahan oleh Dr Hamzah untuk membuat rujukan tentang taburan penduduk mengikut kaum disana, analisis taburan penduduk mengikut kaum sebelum kerja lapangan dilakukan adalah penting membahagikan jumlah sampel mengikut kaum supaya mana sampel yang diambil adalah tepat dan melambangkan (representative).


Daerah

2005

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Jumlah

Asam jawa

464

143

83

0

690

Batang berjuntai

3195

2588

6378

35

12196

Bukit rotan

38

148

635

0

821

Ijok

3814

2409

446

14

6684

Jeram

1307

405

57

0

1770

Kampong kuantan

1802

277

963

0

3042

Kuala selangor

15251

3157

5536

196

24140

Kuala sungai buluh

636

3637

448

21

4742

Pasir penambang

416

1829

155

8

2408

Sungai sembilang

239

666

64

0

969

Tanjong karang

8709

4975

558

61

14302

Kawasan selebihMD

20203

8144

5649

1000

34097


Data diatas menunjukkan unjuran penduduk mengkut kaum di pekan-pekan Kuala Selangor, setelah dibuat analisis kami ditugaskan untuk pergi ke tiga pekan yang utama iaitu Kuala Selangor, Ijok dan Tanjong karang. Setelah itu daripada jumlah 45 teks soal selidik yang diberi 30 soalan akan diberi untuk kaum yang majoriti iaitu Melayu dan 10 untuk kaum Cina dan dan baki ianya untuk kaum India.




Latar Belakang Majlis Daerah Kuala Selangor


Majlis Daerah Kuala Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1978, dan kini pertubuhanya telah pun mencapai usia tiga dekad. Majlis daerah kuala Selangor adalah gabungan daripada lima majlis tempatan iaitu Majlis Tempatan Kuala Selangor, Majlis Tempatan Tanjong Karang, Majlis Tempatan Bestari Jaya ,Majlis Tempatan Ijok dan Majlis Tempatan Jeram.

Seperti mana majlis pembandaran yang lain Majlis daerah Kuala Selangor juga mempunyai moto yang tersendiri, motonya adalah Indah dan Bersejarah. Visi penubuhan majlis daerah adalah untuk menjadikan Majlis Daerah Kuala Selangot sebagai sebuah Majlis Pembandaran pada tahun 2010.

Selain daripada itu Majlis ini juga ditubuhakan untuk mencapai beberapa matlamat antaranya adalah untuk mengenalpasti kemudahan-kemudahan pelancongan dan menjaga kemudahan yang sediaada, mempastikan pembangunan kawasan Majlis adalah terancang dan seimbang, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan,melaksanakan program pengindahan dan pemuliharaan alam sekitar, membantu usahawan-usahawan melalui program-program pembangunan usahawan dan menyediakan kemudahan untuk menggalakkan industri ringan dan industri moden.

Diatas tertera peta yang menunjukkan dimana terletaknya Majlis Daerah Kuala, alhamdullilah pada 12 haribulan oktober yang lalu kami telah pun selamat sampi di Majlis Daerah Kuala Selangor, tidak payah untuk mencari dimana terletaknya Majlis Daerah ini kerana papan tanda yang disediakan memudahkan kami untuk mencari dimana Majlis Daerah ini, ini merupakan salah satu kecekapan Pihak Terkuasa Tempatan (PBT) di sini yang bersungguh-sungguh menyediakan segala kemudahan disini.

Sejarah Awal Selangor

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


Pertamanya sekali izinkan saya untuk menceritakan terlebih dahulu tentang sejarah negeri Selangor supaya mana saudara dan saudari sekalian faham dan secara tidak langsung boleh memutik rasa cinta didalam lubuk hati yang dalam tentang bakal saya canangkan nanti. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu.

Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura. Mengikut catitan, Paduka Seri Maharaja memerintah dalam Kurun Masehi 14 (1301-1400 ). Jika keterangan ini benar, jelaslah bahawanama Selangor telah pun adaketika itu ada pun sebelumnya

Dalam khutub khanah Royal Asiatic Society di London terdapat senaskhah Sejarah Melayu bertulis tangan terkumpul bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan Tuan Bendahara Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas (Perak) dan Tuan Mahmud diberi memerintah Selangor.

Memandangkan segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun Masehi 15. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala Selangor sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut. Kata-kata ini tidak siapa yang dapat menafikan kerana segala bukti yang membenarkan bahawa di Kuala Selangorlah bermulanya pentadbiran negeri itu masih terdapat hingga sekarang.


Majlis Daerah Kuala Selangor

Bismillahirahmannirohim..pertamanya minta maaf kepada Dr Hamzah kerana...kerana baru sekarang baru memperkemas kini tentang blog ini...

jadi dengan ketentuan allah swt kumpulan kami telah ditugaskan untuk menjalankan kerja lapangan di majlis daerah kuala selangor. maksud kerja ini adalah untuk mendapat perspektif awam terhadap tahap keefisienan bandar dikawasan pihak berkuasa tempatan.

kumpulan kami terdiri daripada tiga orang penting iaitu saya sendiri mohamad syahir bin mohamad zikeri (A1115149), nazrul hafiz bin ghazali (A119523), dan mohd fikri bin mohd shariff (A119366). kami telah ditugaskan untuk menyebarkan 45 teks soal selidik tentang tajuk diatas.

dengan maksud itu, beberapa langkah awal yang diambil untuk menjayakan kerja lapangan ini. antaranya adalah dengan mengumpul seberapa banyak maklumat tentang pihak berkuasa tempatan, mengumpul statistik penduduk disana dan sebagainya. untuk itu saya akan sertakan beberapa maklumat yang kami perolehi dari kajian kepustakaan kami di posting yang mendatang.

insyallah...